Harta dan wang ringgit adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan mereka dalam menguruskan kurniaan ini. Ia juga merupakan keperluan yang membantu kelangsungan dan kesejahteraan hidup manusia di dunia.
Sesungguhnya harta dan wang ringgit yang kita miliki adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Justeru, ia perlu diurus, dirancang dan dibelanjakan menurut panduan syariat bagi menjamin kesejahateraan hidup di dunia dan kebahagiaan kita di akhirat. Setiap wang ringgit yang kita perolehi dan belanjakan pasti akan ditanya di akhirat kelak. Inilah realiti yang wajar kita jadikan prinsip hidup kita dalam perancangan harta dan kewangan kita.
Hadis daripada Abu al-Barazah al-Aslami, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya pada urusan apa dihabiskan, tentang ilmunya apakah telah diamalkan, tentang hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya pada perkara apa digunakan".
(Riwayat At-Tirmidzi)
Jelas dalam hadis ini betapa setiap wang dan harta kita akan dipersoalkan kerana ia adalah amanah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Lantaran itu kita perlu memastikan wang ringgit kita diurus dengan selamat dan tepat dengan perancangan kewangan yang kita sediakan.
Perancangan kewangan adalah suatu urusan penting yang perlu kita pastikan sebagai langkah menuju kejayaan dalam membina kehidupan yang cemerlang. Mereka yang merancang kewangan akan lebih terjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup mereka. Ini adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang perlu dibangunkan dalam kehidupan setiap muslim. Hanya dengan perancangan kewangan yang baik dan berjaya, sesorang akan mampu melakukan kebaikan dan sumbangan dengan wang yang dimiliknya.
Antara langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam perancangan kewangan setiap individu muslim ialah :
Pertama : Memastikan sumber pendapatan yang halal dan mengelakkan dari segala sumber yang haram seperti hasil rasuah, riba, judi, curi dan sebagainya. Langkah ini adalah amat penting untuk memastikan keberkatan hidup di samping memastikan tahap kemampuan perbelanjaan bulanan kita.
Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 114:
"Oleh itu, makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata".
Kedua : Mengawasi perbelanjaan dan mengawalnya dengan baik. Utamakan keperluan asas sebagai nafkah diri dan keluarga, seperti makan minum, tempat tinggal dan bayaran pinjaman bulanan sebelum berbelanja untuk kegunaan lain seperti aktiviti keceriaan, percutian dan hiburan. Senaraikan kos perbelanjaan yang utama untuk diselesaikan, setelah itu baki dari perberlanjaan tersebut barulah digunakan untuk perkara lain, sesuai dengan tahap kemampuan kewangan kita.
Setiap ahli keluarga perlu dididik agar bijak berbelanja untuk mengelakkan pembaziran. Jangan mudah menyerahkan wang ringgit kepada ahli keluarga tanpa kawalan dan tujuan yang pasti. Lihatlah saranan Allah SWT dalam Surah an-Nisa ayat 5 yang tegas menyatakan :
"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang telah Allah jadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. Berilah mereka belanja dan pakaian daripada hasil hartanya (yang kamu usahakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik".
Ketiga : Peruntukkan sebahagian daripada harta kita untuk membuat kebajikan untuk mengundang keberkatan di dalam rezeki yang Allah kurniakan. Amalkan sedekah, membantu kaum kerabat yang memerlukan, menyumbang untuk kegiatan agama dan kemasyarakatan dan sebagainya. Ingatlah bahawa dengan bersedekah rezeki kita akan ditambah dan diberkati. Bukankah setiap sedekah dan sumbangan yang kita hulurkan akan didoakan gantiannya oleh malaikat...? Inilah keberkatan rezeki yang dijamin oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang sudi menyumbangkan sebahagian hartanya kepada golongan yang memerlukan. Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak berlalu suatu Pagi bagi hamba Allah melainkan akan turun dua Malaikat (ke Dunia), maka salah satunya berdoa : "Ya Allah kurniakanlah gantian kepada orang yang menafkahkan hartanya). Lalu berdoa malaikat yang lain: "Ya Allah musnahkanlah harta orang yang bakhil."
Keempat : Peruntukkan sebahagian daripada wang yang diperolehi sebagai simpanan. Simpanan wang adalah perlu bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaaan di waktu kesempitan. Setiap muslim perlu memastikan dirinya sentiasa bersedia menghadapi hari-hari depannya dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang ampuh. Dia juga akan sentiasa terpelihara dari sikap meminta-minta dan menagih simpati orang lain di waktu terdesak. Dengan wang simpanan ini juga, seorang muslim dapat merancang ekonomi keluarga yang lebih baik. Islam juga menyarankan agar harta dikembangkan atau dilaburkan, namun aktiviti pelaburan itu mestilah menepati hukum syarak dan sah di sisi Islam seperti pelaburan secara musyarakah dan mudharabah. Konsep mudharabah dan musyarakah ini mestilah dipatuhi rukun-rukunnya dan memenuhi syarat-syaratnya sepanjang pelaburan dijalankan.
Di samping itu, janganlah pula kita melupakan tanggungjawab kita terhadap harta yang dikurniakan Allah SWT kepada kita iaitu kewajipan menunaikan zakat. Zakat berperanan membersihkan harta dan jiwa kita daripada noda dan dosa serta menambahkan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 103:
"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat, supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka (daripada dosa dan akhlak yang buruk); serta doakanlah untuk mereka. (Ini kerana) sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/rtl-demos/senarai-ejen/senarai-ejen-penerangan-individu
PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
SELAMAT DATANG !!! AHLAN WASAHLAN !!!
SELAMAT DATANG...
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM......
Alhamdulilah dan syukur kepada yang maha esa, terima kasih diatas sokongan anda semua dengan mengunjungi blog ini. Kami cuba menawarkan dan membantu memenuhi keperluan anda semua... disamping kita berkongsi maklumat bersama.....
Sesungguhnya kesempurnaan itu hanya milik Allah.
Hubungi saya :
e-mail : m.shakor19@gmail.com
facebook : m.shakor19@gmail.com/cahaya mas
twitter : mshakor19
Mobile /sms : 019-271 7719
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM......
Alhamdulilah dan syukur kepada yang maha esa, terima kasih diatas sokongan anda semua dengan mengunjungi blog ini. Kami cuba menawarkan dan membantu memenuhi keperluan anda semua... disamping kita berkongsi maklumat bersama.....
Sesungguhnya kesempurnaan itu hanya milik Allah.
Hubungi saya :
e-mail : m.shakor19@gmail.com
facebook : m.shakor19@gmail.com/cahaya mas
twitter : mshakor19
Mobile /sms : 019-271 7719
Monday, December 10, 2012
Wednesday, October 24, 2012
USTAZ ANHAR: BAGI YANG BERNIAT KORBAN
Anhar: BAGI YANG BERNIAT KORBAN: Ustaz, saya berniat untuk melakukan ibadah korban, apakah adab-adab dan amalan yang perlu saya lakukan? Betul ke saya tidak boleh memoton...
Tuesday, May 29, 2012
PERKONGSIAN MAKLUMAT......
Oleh: abuluqman
"Berita sedih bagi saya...orang lain saya tidak tahu ?
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, Selasa, mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.
"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.
"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.
Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.
Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -BERNAMA
P/s
Beliau juga merupakan orang kuat, di salah sebuah Masjid di Negeri Selangor, Zaman Beliau juga Proton Mula membayar Zakat kepada Lembaga Zakat Selangor, selepas ni diharapkan pimpinan jenerasi baru meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh beliau.
Penulis pernah mengikut kursus motivasi yang disampaikan oleh beliau, memang dinamik dan teruja.
Credit buat Penulis : http://www.kachipemas.blogspot.com/
"Berita sedih bagi saya...orang lain saya tidak tahu ?
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, Selasa, mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.
"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.
"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.
Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.
"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.
Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
Ditubuhkan pada 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara.
Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah dan di seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan Iran. -BERNAMA
P/s
Beliau juga merupakan orang kuat, di salah sebuah Masjid di Negeri Selangor, Zaman Beliau juga Proton Mula membayar Zakat kepada Lembaga Zakat Selangor, selepas ni diharapkan pimpinan jenerasi baru meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh beliau.
Penulis pernah mengikut kursus motivasi yang disampaikan oleh beliau, memang dinamik dan teruja.
Credit buat Penulis : http://www.kachipemas.blogspot.com/
Monday, May 28, 2012
KEPENTINGAN TAKAFUL DALAM ISLAM
PENGERTIAN TAKAFUL
Takaful adalah satu istilah bahasa arab yang bermaksud “saling tolong menolong”. Jelasnya setiap ahli yang menyertai takaful akan mendapat manfaat apabila ditimpa musibah atau dengan kata lain akan mendapat pampasan dalam bentuk kewangan ataupun pembiayaan kos perubatan. Caruman yang dilakukan oleh pencarum dipecahkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukan kedalam akaun milik pencarum tersebut dan sebahagian lagi dimasukan ke dalam tabung dana risiko. Wang yang dimasukkan ke dalam tabung dana risiko itu dikira sebagai tabarru’ (sumbangan). Apabila dinamakan sumbangan, maka wang tersebut tidak lagi menjadi milik pencarum. Sementara wang yang dimasukan ke dalam akaun pencarum adalah milik pencarum sepenuhnya setelah ditolak kos pengurusan dan sebagainya lagi.
HUBUNG KAIT AKAUN PENCARUM DENGAN TABUNG DANA RISIKO
Walaupun caruman yang dibayar secara berkala oleh pencarum iaitu secara bulanan @ setiap 3 bulan @ setiap 6 bulan @ tahunan itu dipecahkan kepada dua bahagian seperti yang diterangkan tadi, ianya masih mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Apabila caruman berkala yang dipilih oleh pencarum (katakan secara bulanan) tidak diberi kepada syarikat selaku pengurus dana, wang milik pencarum di dalam akaunnya akan diambil secara automatik untuk dimasukan ke dalam tabung risiko. Jumlah wang yang diambil itu hanyalah nilai yang dipersetujui sahaja. Pengambilan wang secara automatik ini akan berterusan selagi wang di dalam akaun pencarum masih ada. Wang yang diambil itu untuk memastikan pencarum dapat memperolehi manfaat yang sewajarnya apabila ditimpa musibah. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dengan cara ini. Jawapan saya : Dah namanya syarikat takaful, jadi takafullah (perlindunganlah) yang diutamakan. Simpanan itu hanya sebagai faedah sampingan sahaja. Perlu diingat bahawa wang yang dimasukan kedalam tabung risiko itu adalah wajib samaada caruman itu berlaku mengikut jadual atupun tidak. Apabila wang di dalam akaun pencarum habis, syarikat akan memberi tempoh kepada pencarum agar memastikan akaunnya mempunyai wang sekurang-kurangnya cukup untuk dimasukan ke dalam tabung risiko. Jika tidak syarikat akan menamatkan polisi perlindungan pencarum tersebut. Macammana dengan akaun pencarum selepas itu? Jawabnya kosonglah. Nasihat saya pastikan caruman anda berjalan mengikut jadual dan jangan terlajak tarikh yang ditetapkan. Nanti akan membebankan. Kalau rasa tak mampu lebih baik awal-awal lagi jangan sertai takaful. Nanti akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Bagi saya orang yang berpendapatan tetap sudah tentu mampu dan mesti ambil takaful. Alasannya dalam siri akan datang.
Dari satu sudut lagi, berkenaan dengan hubung kait antara dua tabung tadi, jika ada lebihan dalam dana risiko di hujung setiap tahun, maka ianya akan dibahagi sama banyak antara syarikat dan semua pencarum.
PERANAN SYARIKAT TAKAFUL
Syarikat takaful berperanan sebagai pengurus dana iaitu pihak yang menguruskan segala hal ehwal berkaitan dengan takaful bermula dari penerimaan ahli, caruman hinggalah kepada pembayaran pampasan. Ringkasnya syarikat takaful adalah pihak yang mahir dan berpengalaman mengurus dana yang kebiasaannya mencapai angka jutaan ringgit. Pengurusan dana tersebut jika diserahkan kepada orang biasa sudah tentu akan menimbulkan masalah. Apabila syarikat mencurahkan segala kepakaran, masa dan tenaga dalam menguruskan dana tersebut sudah tentu ia memerlukan kepada kos dan upah. Dari mana kos dan upah itu didapati. Tidak lain dan tidak bukan diambil sedikit dari caruman setiap peserta. Carilah di mana boleh kita dapati perkhidmatan yang diberikan secara percuma! Perlu diingat bahawa takaful juga merupakan satu bentuk perkhidmatan. Satu soalan : Beranikah anda menyerahkan wang anda untuk diurus secara takaful pihak yang tidak bertauliah? Kalau “Ya”, saya amat mengagumi anda.
PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL
Sekali imbas takaful dan insuran biasa (konvensional) tiada perbezaan. Sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Saya ringkaskan seperti berikut :
1) Dari sudut akad :
Takaful – Akad (kontrak) yang dipersetujui oleh pencarum dengan syarikat atas dasar kerjasama antara peserta(pencarum) dengan pengendali tabung peserta (syarikat). Syarikat hanya mengambil upah dan kos sahaja.
Insuran Biasa – Akad yang berlaku antara kedua-dua pihak adalah secara jual beli. Pencarum adalah pembeli insuran dan syarikat adalah penjual insuran. Mengikut syarak jual beli risiko nyawa tidak dibolehkan.
2) Dari sudut untung dan rugi :
Takaful – Untung dan rugi sama-sama merasa. Jika tabung dana masih berbaki pada setiap hujung tahun, maka ia akan dikongsi sama banyak antara syarikat dan semua pencarum. Sebaliknya jika tabung risiko mengalami kehausan dan tidak cukup wang untuk membayar pampasan, maka syarikat akan mendahulukan wang miliknya kepada orang yang ditimpa musibah sebagai pinjaman.
Insuran Biasa – Syarikat dan peserta masing-masing mempertaruhkan nasib. Syarikat akan untung sekiranya tiada pampasan dibuat atau pampasan tidak mengatasi jumlah bayaran semua pencarum dan lebiha yang berlaku akan menjadi milik syarikat sepenuhnya tanpa dibahagikan sama banyak. Dalam keadaan ini pencarum akan rugi kerana tiada pampasan yang dituntut. Sebaliknya syarikat akan rugi pula jika pampasan yang dibayar kepada pencarum mengatasi jumlah caruman peserta dimana syarikat akan menggunakan wangnya sendiri untuk menampung kekurangan tersebut atas dasar nasib bukannya pinjaman. Sementara pencarum pula akan untung lebih-lebih lagi jika baru saja membeli insuran. Jumlah caruman baru sedikit sedangkan pampasan yang didapati amat menguntungkan. Ringkasnya dalam insuran biasa tiada tabung tabarru’. Konsep yang disebutkan ini berbentuk perjudian. Hukumnya tidak dibolehkan.
PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT TAKAFUL DAN BANK HARIAN
1) Wang pencarum di dalam akaun takaful adalah sesuai untuk simpanan jangka panjang sahaja sementara akaun di bank biasa adalah sesuai untuk jangka pendek dan panjang.
2) Prosedur pengeluaran wang dari akaun takaful agak rumit berbanding bank biasa yang hanya melalui mesin ATM sahaja. Disini kebaikan menyimpan di dalam akaun takaful ialah kita tidak mengganggu simpanan berkala itu dan ianya tetap sehingga satu tempoh yang panjang dan boleh jadi sebagai simpanan tambahan untuk persaraan kelak. Jika menyimpan di bank biasa, bila-bila masa duit boleh dikeluarkan dan sudah tentu sukar untuk kita memastikan simpanan tersebut tidak diganggu.
3) Simpanan di dalam akaun takaful biasanya dilaburkan di dalam pelaburan yang mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan di bank biasa iaitu lebih kurang dalam lingkungan 5% – 12% setahun.
4) Simpanan di dalam akaun takaful mempunyai perlindungan yang tersendiri sebaliknya simpanan di bank biasa tiada manfaat perlindungan.
5) Produk utama syarikat takaful adalah memberi perlindungan sementara produk utama bank biasa adalah memberi pinjaman.
HUKUM TAKAFUL
Berdasarka perbezaan antara takaful dan insuran seperti yang dijelaskan sebelum ini, jelas sekali bahawa takaful adalah halal sedangkan insuran konvensional berkaitan nyawa adalah haram (Insuran konvensional selain nyawa adalah halal).
Pendapat Ulama :
1) Mesyuarat enakmen islam yang berlangsung di “Baidha’” –Libya- pada tahun 1972 menyatakan dua daripada resolusinya :
Resolusi ke-enam :” Insuran konvensional hendaklah digantikan dengan insuran islam (takaful)”.
Resolusi ke-tujuh :” Takaful itu hendaklah menyeluruh sehingga memberi jaminan kepada setiap keluarga bahawa sumber pendapatan mereka tidak terjejas apabila berlaku kematian atau hilang upaya atau seumpamanya ke atas ketua keluarga”.
2) Majlis ulama Negara Arab Saudi di dalam ketetapan mereka yang bernombor (52) bertarikh 4/4/1397 hijrah bersamaan tahun 1977 masihi menyatakan :
Setelah mengkaji, berbincang dan bertukar-tukar fikiran, Pihak majlis telah menetapkan bahawa Insuran Takaful adalah halal berdasarkan alasan-alasan berikut :
a) “Sesungguhnya insuran takaful merupakan satu bentuk akad (kontrak) tabarru’ yang mana dari segi asasnya bermaksud bantu membantu menjauhkan bahaya dan bersama-sama bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu musibah iaitulah dengan cara sumbangan sejumlah wang dari setiap anggota (pencarum) takaful ke dalam tabung risiko yang dikhususkan untuk membayar pampasan kepada ahli yang ditimpa musibah….”
b) “Insuran takaful tiada unsur riba. Oleh yang demikian akad (kontrak) yang dimeterai oleh para pencarum, tiada unsur riba dan sumbangan(caruman berkala) yang dibuat oleh para pencarum itu tidak dilibatkan dengan aktiviti pelaburan secara riba”.
3) Keputusan Pusat Penyelidikan islam yang diputuskan di Al-Azhar pada bulan Muharram tahun 1385 hijrah :
“Insuran takaful yang dijalankan oleh syarikat-syarikat takaful merupakan satu bentuk insuran yang dibenarkan oleh syarak. Insuran takaful ini merupakan kerjasama dalam melakukan kebaikan yang disertai oleh orang yang ingin dilindungi (samaada pencarum sendiri ataupun tanggungannya). Syarikat-syarikat takaful pula berperanan memberi pertolongan atau perkhidmatan kepada para peserta ketika mereka memerlukan,.”
Hubungi saya untuk perundingan secara percuma 019-271 7719 / m.shakor19@gmail.com
Tuesday, May 15, 2012
BERAKIT2 KEHULU, BERENANG2 KETEPIAN.....
Betul lah kat org tua2 dulu,
"Berakit2 Kehulu, Berenang2 Ketepian,
Bersakit2 Dahulu, Bersenang2 Kemudian"
begitulah dalam kehidupan aku, berbagai ranjau telah aku lalui sepanjang 30++ kehidupan aku, Alhamdulilah aku masih mampu melalui.. Syukur berkat sokongan insan2 yang sentiasa bersama didalam susah dan senang.. nursuria, ariff, arissa & arfah tidak dilupakan Ibu tersayang, Ibu abah dan keluarga mertua dan seluruh keluarga serta rakan2 dari dulu dan sekarang yang bayak membantu.. semoga jasa kalian hanya tuhan yang mampu membalasnya.. aku tak mampu membalasnya.. aku cuma mampu membantu sekiranyan kalian memerlukan TAKAFUL, WAQAF, ZAKAT.... hi..hi..hi... Peace yo...
LZS @ Nur Lembah Lenggong 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)